Filed under Al-Quran & Sunnah

Anak dan harta


Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.


Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

 

(Surah Al-Taghabun ayat 15-16)

Haikal mula bercakap

Alhamdulillah 2-3 hari ni saya mula ajar Haikal menyebut beberapa perkataan. ‘Abah, apa, apa dia, nani (nihonggo untuk apa),abis, mata, mama, opah’ antara words yang dia boleh sebut. Saya tengok Haikal dah terer meniru orang bercakap. Dah pandai tiru buat bunyi berdengkur. Maknanya dah boleh sebut huruh ‘kha’ la kan hehe. Jadi sikit-sikitlah saya nak ajar dia sebut words yang berguna. Yalah, daripada kita yang ikut dia cakap tak berbutir, baik kita cakap perkataan dengan sempurna. Sebab sebenarnya mesti dia intend nak sebut sama dengan kita, cuma bunyi yang terkeluar je pelat kan. InsyaAllah mudah-mudahan senang dia boleh bercakap dengan betul.

Saya pun nak mula ajar ‘a, ba, ta’ perlahanlahan. Disamping tu memang saya amalkan baca al-Fatihah setiap kali lepas solat sambil pandang muka Haikal. Dan bila-bila masa saja yang boleh. Sebelum tidur, tengah masak etc biar biasakan dia dengar. Selalunya bila saya dah habis baca, kat hujung Haikal akan sambung sebut ‘Aaam’ untuk ‘Amin’. Mungkin sebab awal-awal dulu saya selalu sebut amin lepas habis baca.

Hari ni insyaAllah saya nak buat mix blend badam,kurma,kismis,buah tin,madu, habbatus sauda seperti yang diajar dalam blog http://darwishndarwisya.blogspot.com/p/pemakanan-dari-bayi.html

InsyaAllah, saya buat guna apa yang ada kat rumah dulu. Minyak ikan dan ekstrak zaitun tak ada, jadi insyaAllah akan tambah kemudian kalau jumpa. Ataupun lain kali boleh buat lagi kan. Saya pun nak makan juga untuk baby dan diri sendiri. Mudah-mudahan senang menghafal   ayat-ayat al-Quran. Abahnya pun boleh makan juga kan kalau mahu.

Apa-apa pun kena buat air Surah Taha dulu ;) Doakan saya ;)

Tagged , , , , ,

Ucapan-ucapan zikir yang betul

Assalamualaikum..

Alhamdulillah tahun lepas saya berkesempatan berkenalan dengan seorang akak dari Singapore. Kak Yani namanya. Suaminya dari Afrika, lupa pula negara mana. Yang menarik hati saya  terhadap pasangan ni, ucapan seperti MasyaAllah, Alhamdulillah, InsyaAllah sentiasa di bibir mereka. Hampir setiap ayat atau mungkin selang 2-3 ayat. Saya memang kagum habis. Dan  saya pun berniat nak mengikut jejak langkah..

 

Saya memang ada dengar yang ucapan MasyaAllah/Subhanallah adalah salah jika kita ucapkan bila melihat benda-benda kurang elok atau maksiat. Yakni bercanggah dengan kebiasaan orang kita. Sebetulnya diucap bila tengok ciptaan-ciptaan Allah yang cantik dan hebat.

 

Saya  cuba google cari list ucapan-ucapan zikir yang betul dan sesuai dengan situasi tapi tak jumpa yang lengkap. Kalau ada sesiapa yang tau, boleh tunjuk ajar tak? Terima kasih ;)

 

Tagged , ,

Tolong kami bantu kami~

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (45) (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya. (46)

Surah Al-Baqarah ayat 45-46

Demi masa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Demi masa!

2. Sesungguhnya seseorang itu dalam kerugian -

3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Surah Al-Asr (103)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers