Filed under breastfeed

Weaning

As I mentioned in earlier post, saya kena stop breastfeed Haikal. Kalau terus breastfeed mungkin akan terus bleeding kata puan doktor.

First day Rabu malam, selalunya Haikal akan tidur kejap dalam pukul 8 pm. Masa tu dia minta nak menyusu. Sampai menangis-nangis, saya masih tak bagi. Saya pun menangis sama kesian tengok anak kesayangan mengamuk tak dapat menyusu.

Terpaksa bagi kat abah dia suruh pujuk-pujuk bawak jalan atas dukung. Akhirnya tetidur juga sekejap. Then waktu kami nak tidur lebih kurang pukul 1 pagi gitu, memang dia amuk habis-habisan. Sebab saya dah terbiasakan dia menyusu sebelum tidur. Jadi dia pun peliklah agaknya sebab apa orang tak bagi. Abah dia masukkan dalam baby car dia, tolak-tolak sikit baru tertidur. Tenang sikit hati saya.

Sekali jek sejam lepas tu dia terjaga. Menangis minta susu lagi. Abah dia bagi air masak letak dalam botol, dia buat main sembur. Bagi susu formula,. langsung tak mau. Letak dalam baby car pun tak berhenti menangis juga. Akhirnya saya pun mengalah breastfeed juga. Lagipun breast pun dah sakit penuh susu. Barulah dia tidur dengan aman sampai pagi.

Second day dan seterusnya hanya breastfeed malam saja masa nak tidur. Memang susahlah rasanya nak berhenti bf abruptly macam tu saja kan. Susah untuk saya dan Haikal. Secara fizikal dan mental. Cuma semalam masa bf tengah malam, dia marah-marah. Rasanya susu dah kering. Kenalah abah dia bangun pujuk gak baru tertidur semula.

Harapnya cepatlah Haikal berhenti menyusu sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Sorry ye Haikal.. Sekarang Haikal memang tak minum susu formula. Kami bagi dia makan dan minum jus banyak-banyak. Alhamdulillah Haikal memang suka makan. Perut pun makin buncit!

 

 

Tagged ,

Breastfeed and birth control.

Tribute to Puan Ah.

Amboi mentang-mentanglah dia lecturer, sesedap oren jer kasik assignment. Tru FB chat lak tu. Tsk. Nanti jangan lupa belanja nasi goreng kampung hehe.

Ini sedikit sebanyak yang saya tahulah pasal breastfeed and birth control. Sebelum keluar hospital lepas bersalinkan Haikal hari tu diorang ada ajar pasal baik pulih rahim, menstruation, sex dan birth control after delivery. Dia kumpul ibu-ibu yang akan discharge, buat sesi soal-jawab kat meeting room lagi.

So, yes. Breastfeed ada effect untuk mengawal pregnancy tapi dalam masa yang singkat sahaja. Proses penyusuan merembeskan hormon prolactin yang juga bertindak mengawal pengeluaran telur, yakni ovulasi. Jadi ovum tu dia tersangkutlah kat tempat dia dikeluarkan tak boleh nak pegi mana-mana jauh sekali pergi shopping. Tersoroklah beliau daripada berudu-berudu yang datang menyerang. Jadi tiadalah terjadi proses persenyawaan.

Akan tetapi lepas 2-3 bulan kita breastfeed, prolactin hanya dirembeskan waktu kita breastfeed sahaja, yakni semakin berkuranglah daripada mula-mula masa kita lepas bersalin. Jadi daya kuasa hormon yang mengawal telur kita pun kuranglah jadinya. Dia berjinak-jinaklah nak keluar outing hirup udara segar. Dah lama terperap bosan nii. Jadi, kalau kebetulan ada berudu datang mengorat kenyit-kenyit mata masa tu, berkemungkinanlah boleh tersangkut hingga ke jinjang pelamin. (Ada buku yang kata 6 bulan masih selamat.)

Walaupun yang sedemikian, seharusnya kita menggunakan perlindungan yang sewajarnya daripada kali pertama kita mengorat (selepas dapat kebenaran dari gynae) walaupun belum sampai 2-3 bulan selepas bersalin. Keselamatan paling utama. Kakak nurse kat hospital tu kata, kemungkinan kita get pregnant on the very first time tu pun ADA. Jadi pilihlah jalan yang anda rasa paling selamat untuk diri anda dan keluarga anda.

Pil hormon mungkin menyebabkan kurangnya susu ibu. IUD pula boleh buat rahim luka kalau dimasukkan masa rahim belum betul-betul baik dari luka bersalin. Kedua-duanya mesti tunggu datang 1st menstruation dulu sebelum proceed. Talk to your doctor! Jadi pilihlah birth control yang sesuai dengan perangai dan cara hidup anda.

Sebenarnya bab ni jelaslah saya kurang expert sebab saya pun dah pregnant lagi haha. Tapi saya tak kisah. Kerana inilah perangai dan cara hidupa saya. Hehe.

Wallahualam. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya. Do what is best for you lepas tu tawakkal lah. Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita kembali.

Wabillahhi taufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahhi wabarokaatuh :)

Bila ibu mengandung lagi

Wah wah. Hehe.

 

Perasaan saya? Syukur. Alhamdulillah. Ia lebih awal daripada yang dijangka tapi memandangkan kami pun tak buat proper planning jadi it’s 100% acceptable. Adalah rasa nervous sikit memikirkan boleh ke saya handle 2 orang anak kecil dalam satu masa. But I am not giving a serious thought about it just yet. InsyaAllah akan adalah ilhamnya tu nanti. Anak kan rezeki dari Allah.

Saya memang plan untuk lahirkan anak sampai umur 30 tahun kalau boleh. So by the time kami pencen, semua anak dah boleh berdikari. Tak perlu risau banyak-banyak sangat pasal sekolah anak semua. Jadi inilah masanya kami bertungkus-lumus! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Dengan harapan yang susah tu tidaklah sesusah mana, dan akan tiba waktunya senang tu datang. InsyaAllah. Tawakkal.

On breastfeeding. Ya, Haikal masih lagi fully breastfeed. Tapi sejak 2 3 hari ni, dia kurang nak menyusu. Menyusu sikit, lepas tu gigit-gigit nipple. Mungkin rasa susu dah lain sikit sebab perubahan hormon. Dia cuma menyusu betul-betul bila dah mengantuk sangat, sebelum tidur. Jadi saya kena pastikan dia dapat makan yang secukupnya bagi solid food dia. Kalau dia continue takmau menyusu badan, kena ready untuk beli formula milk lain agaknya. Sebab dia allergic dengan susu Beanstalk kami beli hari tu.

On pregnancy. Alhamdulillah setakat ni takde muntah-muntah teruk lagi. Masih tak ada selera makan. Sama macam mengandungkan Haikal dulu juga, awal-awal tak lalu makan. Walhal sepatutnya saya kena makan lebih berkhasiat sebab kena cukupkan nutrisi untuk 3 orang sekali. Huhu. Kelmarin saya teringin sangat nak makan pecal kuini. Jenuh telan air liur. Rasa nak menangis pun ada. Masa Haikal dulu, saya tak ada mengidam sangat. Harap kali ni begitu jugalah. Lagipun nak balik dah kan. Yey.

Oh dan saya belum bagitau public (read: facebook) lagi pasal pregnancy ni. Even family pun, yang paling dekat je tahu. Rasa macam..entah..susah nak explain. Hehe. Biasalah emosi ibu mengandung memang pelik kot :p

Please do pray for me. For us. Semoga Allah merahmati kita semua.

 

Tagged , ,

Sakit

Quick update sebelum masuk berperang di dapur.

Haikal suka betul menggigit masa breastfeed. Time hujung-hujung bila dia dah kenyang tu. Walaupun gigi 2 batang je tapi sakit tau. Dia gigit, ketip, lepas tu tarik. Auwwww. Terjerit jugaklah. Lekat bekas gigi berserta bunganya sekali. Dahlah kita sakit, dia pulak sambil gelak dengan senyum comel dia. Ingat orang main. Sayalah yang salah bagi sign agaknya kan.

Macam mana nak buat? Saya dah try lepaskan dia dari breast then biar dia mengamuk seketika. Tapi macam tak jalan lah.

How eh HOW?

Tagged ,
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers