Haris ada umbilical hernia. Pusat dia bujil terkeluar. Besaar jugalah. Lebih besar daripada ibu jari tangan saya ni. Hari Sabtu lepas kami bawa dia ke ER Hospital Serdang. Then doktor refer kami ke surgical clinic. Hari Isnin kami pergi lagi untuk buat appoinment. Diorang kata nak call bagi tarikh, tapi sampai sekarang senyap je.

Family dan kawan-kawan kat FB suruh saya tuam pusat Haris. Saya cuba tapi belum menampakkan perubahan. Saya tanya doktor, dia kata sebenarnya tak payah buat apa-apa. Tapi saya tuam jugalah. Haris Alhamdulillah tak adalah nampak dia sakit ke meragam ke. Kalau tekan pusat dia kadang-kadang dia termuakkan susu dia hehe. Cuma doktor bagitau tanda-tanda bila saya perlu bawa dia ke ER. Bila dia nampak sakit, menangis, tak buang air besar dan angin, pusat dia bengkak, keras dan merah. Itu tandanya usus dah termasuk ke dalam hernia dia. Mesti bawa ke ER dan diorang akan refer ke paed surgical untuk buat emergency operation. Minta dijauhkan.. InsyaAllah..

Haikal pula demam on and off sejak beberapa hari ni. Pencernaan tak bagus dan dia macam loya. Makan minum pun kurang. Berat Haikal dah tinggal 8.8kg je =( Semalam Alhamdulillah banyak juga dia makan. Saya buat bubur letak sosej, Haikal tak makan. Buat pula bubur ayam.. Saya memang risau kalau Haikal kurang makan sebab dia tak menyusu. Semalam bagi dia minum glucose. Itupun satu hari baru habis minum segelas. Cepatlah baik..
Saya pula Alhamdulillah sihat sejahtera adanya hehe. Saya tak dapat kerja lecturer JAD yang saya interview hari tu. Bukan rezeki saya di situ.. Sebenarnya saya macam tawar hati nak jadi lecturer dah. Sebab rasa otak ni macam dah berkaratttt. Dah lama tinggal… Tapi haruslah saya berusaha mencari sumber pendapatan juga. Barulah rasa indipendent. Dan satu lagi, walaupun belum kerja saya harap sangat boleh bawa kereta sendiri. Senang bila ada emergency anak sakit demam boleh terus bawa ke klinik. Tak pun nak bawa check up ke jalan-jalan ke…Sekarang ni susahnya lahai…
Tapi tak apalah.. Sabar.. Sesusah manapun saya, nak dibandingkan dengan orang yang jauh kurang bernasib baik. Bulan Ramadhan ni makin banyak tunjuk orang susah kat tv. Susah kesihatan, susah kewangan, susah kesunyian. Macam-macam jenis susah yang ada kan. Disamping membuka jalan kita untuk bersedekah, boleh juga menginsafkan kita.
Mengingatkan saya.. SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!! Hehe. Dah masuk hari ke 5 pun. Puasa elok-elok yerrr..