Filed under Informasi

Semut zombie

Nampak tak tanduk panjang atas kepala semut di atas? Itu sebenarnya adalah sejenis kulat parasit yang baru dijumpai di Brazil. Apa yang menakutkan, bila dia menumpang pada seekor semut, otak semut itu akan mati. Kulat parasit akan manipulate semut itu supaya bergerak ke tempat yang dia senang membiak. Bila dia dah habis urusannya, maka tamatlah riwayat sang semut.

Subhanallah. Maha suci Allah yang Maha Kuasa menciptakan sesuatu. Saya terjumpa ni dekat yahoo.jp news.. Originally taken from National Geographic I guess.

Financial freedom, security, dream (part 1)

Saya mula terjebak dengan buku-buku financial sekitar tahun 2007, right before saya mula kerja. Masa tu semangat nak kerja, tolong family, kumpul duit,  memang berkobar-kobar. Saya pernah sign up dengan SBI (Japan) dan buka account CDS.. Kononnya nak invest IPO lah stock market lah..tapi sebab kurang buat research dan keyakinan diri, accounts pun terkubur begitu sahaja.

Saya cuma buka akaun ASB..which is yes, very secure..but doing a very lousy job dalam membantu saya mengejar financial freedom. Unless lah kalau you letak rm200k kot dlm tu..kalau dividen 7% pun, you get dalam rm14k yearly..ini saya..adalah rm200 setahun hehe. Tapi tak apalah, alhamdulillah..at least dia sangat liquid, in case ada emergency, boleh terus withdraw. And no… setakat ni saya tak berapa berminat nak buat loan untuk investing. Sebab rasa macam duit tu bukan saya yang punya. Mungkin Ahmad Albob yang punya hehe.

Saya boros berbelanja semasa student dulu. Dan sekarang sedikit kesal. Banyak. Saya sepatutnya start invest and subscribe insurans lebih awal walaupun sedikit tapi consistent. Percayalah those stuffs, baju, kasut..are bringing you nowhere..buat penuh bilik je. Tapi depends lah, kalau celebrity ker..kerja dalam fashion ker  mestilah nak kena berfesyen bagai kan. .Bagi saya, kurang perlu kot.Sebenarnya saya pun bukan kaki shopping sangat..banyak beli gadjet kot..dengan teket bullet train ulang-alik ke Tokyo hehe.

Saya juga pernah terjebak dengan forex and failed miserably. Well unless lah kalau saya ada lebih banyak lagi duit untuk dibuat experiment..mungkin juga boleh berjaya kalau saya teruskan. Tapi kami dah berhenti di tengah jalan, and we lost the money.

So nasihat saya buat adik-adik di luar sana..it’s never to early to start investing. Kalau tak tahu, masuk jer asb ke dulu. Biarpun sikit demi sikit..but it’s a good training.

TO BE CONTINUED…

2011

Is just around the cornerrrrr!

Hand made planner ;)

Saya suka bila hujung tahun. Mesti pegi kedai buku dan belek planner berjam-jam. Tahun ni saya pergi kedai banyak kali. Pilih punya pilih punya pilih, asyik tak jadi beli je. Rasa sayang pula duit. Sayang sebab nanti dah habis tahun, banyak lagi page kosong. Selalu saya tulis notes dalam kotak calendar dia je. Sebenarnya selalu saya beli planner yang harga sekitar 700 yen je. But this year, even that sounds too expensive for me, seorang penganggur!

So this year I made my own planner yeay! Just guna buku tulis biasa yang harga 80 yen, then tampal calendar yang print daripada website. Then jahit cover dia guna felt. Jahit tangan tau. Okay saya tahu ianya huduh. But am loving it hehe. Cost me around 200~300 yen kot, and hours haha. Not that I have anything to do at home apart from houseworks pun kan. Felt tu pun yang memang dah ada kat rumah, beli kat kedai 100 yen.

my planners, 2006-2011 without 2009

Oh tahun 2007 saya beli kat kedai 100 yen jer.. sebab saya dapat planner Pilot dari company saya kerja dulu..Tapi dia gabak sangat, berat nak bawa kemana-mana. Jadi saya beli juga planner kecik. Tahun 2009 punya mana eh? Ada sesiapa nampak tak? Warna biru. Hehe.

Saya suka ada planner. Rasa lebih organized. Membantu saya ingat segala appointments dan deadlines.. Especially di waktu kritikal macam masa proses cari kerja, apply scholarship dsb. Tempat saya catat nama orang yang saya jumpa, alamat-alamat tempat saya nak pergi, to do list, mokuhyou (azam?) saya dan macam-macam lagi.

As a mother ni, kalau dulu hanya perlu ingat appoinments/deadlines berkenaan diri sendiri je. Sekarang ni tarikh vaccination anak, medical check-up etc pun semua nak kena keep track. Campur bil-bil segala lagi. Sudah kepala ini penuh-penuh. もう頭がいっぱいいっぱい。So planner sangat membantu anda menjalani hidup dengan lebih tenang.

Bila tengok balik, boleh ingat semula benda-benda yang saya buat 4-5 tahun lepas. Macam mana sibuk dan susah senangnya cari kerja, application itu ini. Bagus tau. Kita boleh ingat balik dengan siapa kita pernah involve, orang-orang yang pernah tolong kita. So bolehlah kita doakan mereka walaupun dah tak jumpa. Atau boleh try contact semula. Banyak buku yang saya baca kata kalau nak jadi betul-betul berjaya (esp for businessman), keep your contacts close to you. Connection is very important.

2011 mungkin tahun sibuk buat saya. Preparation nak balik, cari kerja, maternity check ups etc. Dan oh ya! Tarikh-tarikh kenduri kawennnn! Siapa yang nak kawen next year gimme gimme your dates cepat!! Hihi..

Sepatutnya biasakan guna planner dari zaman sekolah lagi. So takderlah kes tertinggal buku teks atau lupa tarikh ujian atau..yang paling common..lupa buat homework. Hehe. Sebenarnya buat-buat lupa, sebab sebenarnya lupa hari ni dah kena hantar homework tu. Cikgu-cikgu di luar sana, do encourage your students to use a planner. Alaa tak payah yang mahal-mahal, print monthly calendar yang kotak besar-besar tu pun dah ok. Then tampal kat meja masing-masing atau letak lam pencil case.

Baiklah. Sekian saja dari bilik berita =)

Tagged

Breastfeed and birth control.

Tribute to Puan Ah.

Amboi mentang-mentanglah dia lecturer, sesedap oren jer kasik assignment. Tru FB chat lak tu. Tsk. Nanti jangan lupa belanja nasi goreng kampung hehe.

Ini sedikit sebanyak yang saya tahulah pasal breastfeed and birth control. Sebelum keluar hospital lepas bersalinkan Haikal hari tu diorang ada ajar pasal baik pulih rahim, menstruation, sex dan birth control after delivery. Dia kumpul ibu-ibu yang akan discharge, buat sesi soal-jawab kat meeting room lagi.

So, yes. Breastfeed ada effect untuk mengawal pregnancy tapi dalam masa yang singkat sahaja. Proses penyusuan merembeskan hormon prolactin yang juga bertindak mengawal pengeluaran telur, yakni ovulasi. Jadi ovum tu dia tersangkutlah kat tempat dia dikeluarkan tak boleh nak pegi mana-mana jauh sekali pergi shopping. Tersoroklah beliau daripada berudu-berudu yang datang menyerang. Jadi tiadalah terjadi proses persenyawaan.

Akan tetapi lepas 2-3 bulan kita breastfeed, prolactin hanya dirembeskan waktu kita breastfeed sahaja, yakni semakin berkuranglah daripada mula-mula masa kita lepas bersalin. Jadi daya kuasa hormon yang mengawal telur kita pun kuranglah jadinya. Dia berjinak-jinaklah nak keluar outing hirup udara segar. Dah lama terperap bosan nii. Jadi, kalau kebetulan ada berudu datang mengorat kenyit-kenyit mata masa tu, berkemungkinanlah boleh tersangkut hingga ke jinjang pelamin. (Ada buku yang kata 6 bulan masih selamat.)

Walaupun yang sedemikian, seharusnya kita menggunakan perlindungan yang sewajarnya daripada kali pertama kita mengorat (selepas dapat kebenaran dari gynae) walaupun belum sampai 2-3 bulan selepas bersalin. Keselamatan paling utama. Kakak nurse kat hospital tu kata, kemungkinan kita get pregnant on the very first time tu pun ADA. Jadi pilihlah jalan yang anda rasa paling selamat untuk diri anda dan keluarga anda.

Pil hormon mungkin menyebabkan kurangnya susu ibu. IUD pula boleh buat rahim luka kalau dimasukkan masa rahim belum betul-betul baik dari luka bersalin. Kedua-duanya mesti tunggu datang 1st menstruation dulu sebelum proceed. Talk to your doctor! Jadi pilihlah birth control yang sesuai dengan perangai dan cara hidup anda.

Sebenarnya bab ni jelaslah saya kurang expert sebab saya pun dah pregnant lagi haha. Tapi saya tak kisah. Kerana inilah perangai dan cara hidupa saya. Hehe.

Wallahualam. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segalanya. Do what is best for you lepas tu tawakkal lah. Sesungguhnya hanya kepada Allah tempat kita kembali.

Wabillahhi taufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahhi wabarokaatuh :)

Urekko

Nak tau tak siapa yang paling laku macam pisang panas sekarang?

Ni dia.. battlefield photographer.. Youichi Watanabe. Disebabkan gaya bercakap dia yang sebegitu rupa, memang famous amous abis skarang ni. Boleh kata tiap-tiap hari keluar tv. Kadang-kadang sehari sampai 2 ke 3 kali ada dia. Pakai baju yang sama je hehe. Sekarang dah siap publish buku, berlakon CM and join film event.

Dan ini pula video kegemaran Haikal. Tengok sampai dia sekali nak masuk dalam skrin. Bila habis je marah. Mama lambat tekan replay pun marah (- – ; )

Tagged
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers