Saya ada seorang kawan, namanya Abdul Muttalib. Kami berkawan masa sekolah rendah. Bergaduh pun selalu juga. Bersemangat orangnya. Bila mula sesi sekolah baru, setiap kali perkenalkan diri kat cikgu-cikgu yang pertama kali mengajar, penuh semangat dia bersuara “NAMA SAYA ABDUL MUTTALIB BIN …” dengan lorat utara dia. Mesti setiap kali tu jugak saya gelakkan dia pelan2. Hehe jahat saya.
Saya selalu digandingkan dengan Talib. Masa darjah 4, berlakon English teater, dia jadi tuan putera, saya jadi kakak tiri Cinderella saja. Darjah 5, dia sekali lagi jadi tuan putera, saya jadi tuan puterinya (yang ganas). Darjah 6, dia sepatutnya jadi ketua librarian, saya jadi penolongnya.. Tapi tiba-tiba dia diserap jadi pengawas disiplin dan terus jadi ketua. Manakala saya menolak offer tersebut sebab takkan selamanya saya setakat jadi penolong. Saya stay sebagai librarian berjaya dan dapat jadi KETUA. Haha. Taktik. Taktik. Pertengahan darjah 6, Talib tiba-tiba pindah sekolah.
Lepas tu teruslah lost contact hinggalah lebih kurang 3 tahun lepas, jumpa kat facebook. Adalah chatting sekali tak pun 2 kali. Sedikit berbeza dia daripada yang saya kenal zaman nakal waktu kecik-kecik dulu. Lebih sopan gitu. Mungkin segan lama sangat dah kami terpisah. Ewah..
Tapi entry ini bukan sekadar mengimbau kenangan zaman riang ria kanak-kanak kami. Talib sekarang sedang bertarung, diuji Allah dengan kesakitan yang menimpa isterinya, Norma, sebaik saja lepas melahirkan anak pertama mereka. Isteri dia ada brain cancer dan sekarang masih dirawat di rumah. Anak pula, neneknya yang jaga.


Saya doakan yang terbaik buat Talib sekeluarga. Moga mereka tabah dan dengan ujian ini dapat lebih mendekatkan diri kepada-NYA. Amin..

*gambar-gambar diambil dari blog Ahmad Zunaidi yang dia ambil dari blog Kak Moon (kakak ipar Talib). TQ.
Assalamualaikummm…
Hye!! Long time no see hihihi
Alhamdulillah. Saya sudah pun selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki pada tanggal 13 Jun 2011 bersamaan 11 Rejab 1432 Hijrah, pada pukul 5.40 pagi Isnin yang indah =)
Sekarang kami alhamdulillah sihat seadanya dan ada berpantang yang tak berapa nak pantang di rumah USJ..
Pengalaman bersalin kali kedua, di Malaysia? Alhamdulillah selamat semuanya. Boleh kata smooth lah juga. Tak ngeri pun. Ngeri sikit saja hehe.
Hari Sabtu 11 Jun tu saya sekeluarga golek-golek kat rumah macam biasa. Saya baring dan Haikal macam biasa, duk membelasah perut saya. Sampailah tiba-tiba saya perasan ada tompokan air jernih keputihan kat atas lantai. So kitorang decide pergi hospital walaupun tak ada sakit apa pun lagi.
Sepanjang perjalanan pun rasa macam ada leakage yang banyak. So saya rasa confirmlah nak bersalin hari tu.
Sampai hospital cek punya cek punya cek..baru dilate 1cm dan leakage pun dah berhenti. Saya pun dah cuak kot-kot air yang keluar tu bukan air ketuban..Sakit pun tidak..Last-last doktor suruh masuk ward. Kalau takder contraction juga dalam masa 24 hours, kenalah induce sebab takut baby tak cukup air or infection.
Dipendekkan cerita, dalam pukul 2 petang hari Ahad keesokannya tu doc masuk ubat induce. Pukul 6 petang start contraction sikit-sikit. Pukul 9 malam lebih sakit sikit. Start pukul 1 pagi gitu dah sakit sangat. Saya bertahan sorang-sorang sampailah pukul 4 lebih, dah tak tahan sakit baru bagitau nurse. Bila cek dah dilate 4 cm, terus turun labour room.
Veder pun tak ada. Most of the time saya berdua dengan doktor je dalam labour room. Sakit memang tak ingat. Lagi-lagi takder langsung orang yang menenangkan saya kat tepi. Saya memang dah rasa nak bersalin sangat-sangat tapi doktor pula tak bagi push. Bebel-bebel suruh tarik nafas lah, jangan teran, condition jantung baby tak baguslah..Bila saya cakap tak boleh tahan dah, dia cek lagi sekali, kepala baby dah engage. Kelam kabutlah panggil nurses yang rancak bersembang kat luar.
Diorang kepit kaki saya tak bagi teran sebab diorang belum habis prepare. Letak je segala kain alas bagai, saya terus push dalam 2 kali setengah..Poihhh baby pun keluar hehe. Lega penderitaan bila dengar suara baby…
Alhamdulillah kami selamat sampai dengan jayanya hari Ahad malam hari tu. Penat berulang-alik ke sana sini. Hari-hari pergi tesco hehe. Sembab kaki pun tak hilang lagi.
Sat lagi ni nak gerak gi Bukit Merah jumpa abang Aiman ngan Aisyah. Seronoklah Haikal jumpa kawan diaaaaa…
Assalamualaikum..
First and foremost, Alhamdulillah saya dan keluarga selamat sesudah melalui detik-detik cemas gempa bumi 6 SR Jumaat lalu. Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya. Lifeline: bekalan elektrik, air, dan gas pun berfungsi seperti biasa setakat ni. Beberapa tempat jana kuasa elektrik meletup. Esok kawasan Tokorozawa ni akan diberhentikan bekalan elektrik dari pukul 6:20-10 pagi, 4:50ptg-8:30mlm dalam usaha diorang menampung kekurangan bekalan elektrik.
Hari Jumaat tu memang mencemaskan. First time saya rasa gegaran yang kuat macam tu. Mula-mula saya ingat gempa biasa sikit-sikit saja. Saya kat dapur, cuma tengok keadaan Haikal kat living dari dapur. Lepas lebih 30 saat bergegar, gempa makin kuat. Barang-barang atas rak menjunam. Haikal pun dah takut. Terus saya masuk dan dukung Haikal, tenangkan dia. Gegaran langsung macam takmau berenti. Tv yang tengah terpasang dah nak terjatuh, terkeluar separuh dari rak. Saya terus panik takut tv terhempas ke lantai dan terbakar ke apa. Terus saya sambil dukung Haikal, pergi tutup breaker kat dapur. Rasa nak termuntah, pening sebab jalan dalam keadaan tak stabil dalam gegaran. Masuk balik living terus duduk, sandar kat sofa. Sambil risaukan tv. 2 minit rasa macam selamanya.. Barulah gegaran reda..
Saya terus riba Haikal sambil macam-macam kat dalam kepala. Macam mana kalau gempa datang lagi? Perlu ke lari keluar dari rumah? Mana saya nak pergi selamatkan diri dan anak? Katmana passport dan dokumen penting? Macamana suami kat ofis? Perlu ke lari keluar dari rumah? Macam-macam lagilah..Risau dan takut Allah jelah yang tau. Rasa macam nak menangis tapi tak keluar air mata. Saya duduk saja sampailah Haikal tertidur atas riba saya. Lepas tu pun ada gegaran lagi walaupun tak sekuat tadi..
Bila dah tenang sikit, barulah saya terfikir. Macamana nak tau perkembangan kalau tak tengok tv? Macamana nak contact orang kalau tak bukak comp. Saya letak Haikal dalam bilik, pergi on breaker, betulkan kedudukan tv dan bukak tv. Terus ada flash news cakap gempa bumi tadi adalah antara yang terbesar dalam sejarah. Sekali dengan amaran tsunami bagai. Lagilah rasa alarmed sangat. Sangat.
Dapat sms dari suami tanya saya dan Haikal ok ke tak dan suruh tutup gas dengan heater. Tu sms terakhir sebelum terputus hubungan dekat 12 jam. Semua talian mobile tak boleh guna. Lepas tu banyak kali gegaran lagi menyusul. Risau tak payah cakaplah..Risaukan anak lagi. Suami lagi. Baca macam-macam doa dan surah-surah al-Quran tak berenti. Sambil tengok update kawan-kawan kat FB dan tengok keadaan gempa dan tsunami kat tv.
Dipendekkan cerita, suami selamat sampai rumah dalam pukul 1 pagi. Alhamdulillah.. Lega sikit hati. Gegaran saki baki masih lagi ada sampai sekarang. Malah paling lama mungkin sebulan lagi baru berhenti. Berdoa supaya selamat semua sajalah. Alhamdulillah kami dah nak balik lagi 2 minggu lebih. InsyaAllah kalau tiada aral yang mendatang..
Sekarang saya paling risaukan seorang kawan yang ada di Sendai. Tempat gempa yang paling teruk dan tsunami. Dia masih di evacuation centre dalam keadaan tiada bekalan elektrik dan air. Makanan juga terhad. Sejuk lagi. Sedih betul bila pikirkan. Tengok laporan langsung kat tv ni, saya punyalah menangis tengok orang-orang yang terselamat tapi kehilangan ahli keluarga. Kanak-kanak kat evacuation centre yang lapar tapi muka ceria sebab dapat makan apple =((( Rasa diri ni sepatutnya bersyukur sangat-sangat =((
Saya berdoa semuanya selamat. Bagi keluarga saya dan kawan-kawan. Bagi muslimin dan muslimat. Bagi semua yang ada kat Jepun ni. Amin.