Filed under outing

Diaper bag!


Alhamdulillah. Inilah hasil usaha gigih semalaman. Demi perjalanan mencari saluji di Nagano bermula malam ini. Dan perjalanan2 yang mendatang. Nanti berempatlah pula;)

Ok nanti saya cerita lebih detail pasal beg buatan tangan saya yang pertama dan penuh dibanggakan. Syabas buat saya! Hehe. Sekarang tengah tunggu Arop datang ambil kat Shin Matsudo Station.

- Posted via mobile –

Tokyo Disneyland!


We had a blast yesterday. alhamdulillah. Thank you Abah. We love you <3

Tagged

Melancong

Had a great time in Odaiba with my boys and lab mate today. Alhamdulillah..

Odaiba. Feb 19, 2011.

 

Now now. Spring’s graduation day is on March 17. Since my graduation was a very very small ceremony.. I want to go and  take more pictures with my scroll. I wish to wear something like this.. with my arm and armpit covered of course ;)

Tagged ,

Farewell partayyyy

Lah sangat :p Kitorang kat rumah Arop kat Kashiwa nih. Sampai semalam. Hari ni Arop nak main masak-masak. Sebab yang datang nyer saya+Veder+Haikal+Sany semua yang dah nak balik tak lama lagi.. so jadiklah farewell party. Azril pun datang semalam tapi dah balik. Dia pun nak balik dah lagi 2 minggu.

Saya sebenarnya nak update projek-projek jahitan saya tapi mengenangkan malas nak gaduh dengan Haikal tu yang tak ter-update lagik. Best pulak guna laptop Arop ni. Cukup button keyboardnya hehe. Oh by the way, laptop abah dia dah rosak kena tekan dengan Haikal. Kena format balik katanya. Saya pun tak perasan Haikal tekan button apa.. Kesian abah hihi.

Kat rumah orang ni Haikal sopan santun jer. Time ada orang lain, buat muka comel dan barang pun tak usik. Makan pun sikit, malu-malu. Bila tinggal mama dan abah dia sahaja.. amik ko habis dia panjat juga meja. Hahaha. Pandai anak aku ni.

Oklah bila bosan nanti saya update lagi. Duduk rumah orang tak payah buat kerja banyak sangat, banyak masa free hehehe..

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat selamat!

Hehe. Semalam saya dan Haikal pergi raya kat masjid Otsuka. Pergi lambat, pukul 9 baru keluar rumah sebab tunggu habis rush hour. Jumpa a few Malaysians..dan bermacam kaum umat Islam lah ada. India, China, Arab, Indonesia, Pakistan, Jepun etc.. Kami tak dapat nak makan sebab lambat sangat. Ada jual kebab kat luar masjid. Tapi sebab lapar sangat, saya pilih makan kat kedai, boleh makan nasi terus. Makan mutton curry, nasi, nan, salad and minum lassi. 1000 yen. Alhamdulillah kenyang. Sedap curry dia tapi ada 2 ketul jer mutton nyer hehe. Haikal pun makan nasi banyak gak.

Lepas tu pergi raya rumah Kak Yani dekat-dekat kawasan masjid gak. Lama gak melepak kat situ. Kak Yani masak jemput-jemput kurma. Sedap. Then ada sedara dia baru sampai dari Malaysia datang buka semperit dan segala macam jenis kerepek. Hehe. Murah rezeki kami. Lepas tu makan nasi lagi sekali. Haha. Kenyang sangat.

Alhamdulillah Haikal pun ok sepanjang hari. Saya boleh siap tinggal dia kejap kat masjid, pergi cari kombini. Tapi takderlah jauh, 2-3 tapak dari masjid je. Dia pun siap tegur orang sana sini ajak main.

Eh dah jadi macam laporan lak hehe. Apa-apa pun, saya harap semua orang enjoy hari raya semalam. Mungkin lepas ni takder lagi dah kami beraya kat sini.

Tagged
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers