Saya ada seorang kawan, namanya Abdul Muttalib. Kami berkawan masa sekolah rendah. Bergaduh pun selalu juga. Bersemangat orangnya. Bila mula sesi sekolah baru, setiap kali perkenalkan diri kat cikgu-cikgu yang pertama kali mengajar, penuh semangat dia bersuara “NAMA SAYA ABDUL MUTTALIB BIN …” dengan lorat utara dia. Mesti setiap kali tu jugak saya gelakkan dia pelan2. Hehe jahat saya.
Saya selalu digandingkan dengan Talib. Masa darjah 4, berlakon English teater, dia jadi tuan putera, saya jadi kakak tiri Cinderella saja. Darjah 5, dia sekali lagi jadi tuan putera, saya jadi tuan puterinya (yang ganas). Darjah 6, dia sepatutnya jadi ketua librarian, saya jadi penolongnya.. Tapi tiba-tiba dia diserap jadi pengawas disiplin dan terus jadi ketua. Manakala saya menolak offer tersebut sebab takkan selamanya saya setakat jadi penolong. Saya stay sebagai librarian berjaya dan dapat jadi KETUA. Haha. Taktik. Taktik. Pertengahan darjah 6, Talib tiba-tiba pindah sekolah.
Lepas tu teruslah lost contact hinggalah lebih kurang 3 tahun lepas, jumpa kat facebook. Adalah chatting sekali tak pun 2 kali. Sedikit berbeza dia daripada yang saya kenal zaman nakal waktu kecik-kecik dulu. Lebih sopan gitu. Mungkin segan lama sangat dah kami terpisah. Ewah..
Tapi entry ini bukan sekadar mengimbau kenangan zaman riang ria kanak-kanak kami. Talib sekarang sedang bertarung, diuji Allah dengan kesakitan yang menimpa isterinya, Norma, sebaik saja lepas melahirkan anak pertama mereka. Isteri dia ada brain cancer dan sekarang masih dirawat di rumah. Anak pula, neneknya yang jaga.


Saya doakan yang terbaik buat Talib sekeluarga. Moga mereka tabah dan dengan ujian ini dapat lebih mendekatkan diri kepada-NYA. Amin..

*gambar-gambar diambil dari blog Ahmad Zunaidi yang dia ambil dari blog Kak Moon (kakak ipar Talib). TQ.