Filed under pregnancy

Muhammad Haris bin Mohd Hafidz

Assalamualaikummm…

Hye!! Long time no see hihihi ;)

Alhamdulillah. Saya sudah pun selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki pada tanggal 13 Jun 2011 bersamaan 11 Rejab 1432 Hijrah, pada pukul 5.40 pagi Isnin yang indah =)

Sekarang kami alhamdulillah sihat seadanya dan ada berpantang yang tak berapa nak pantang di rumah USJ..

Pengalaman bersalin kali kedua, di Malaysia? Alhamdulillah selamat semuanya. Boleh kata smooth lah juga. Tak ngeri pun. Ngeri sikit saja hehe.

Hari Sabtu 11 Jun tu saya sekeluarga golek-golek kat rumah macam biasa. Saya baring dan Haikal macam biasa, duk membelasah perut saya. Sampailah tiba-tiba saya perasan ada tompokan air jernih keputihan kat atas lantai. So kitorang decide pergi hospital walaupun tak ada sakit apa pun lagi.

Sepanjang perjalanan pun rasa macam ada leakage yang banyak. So saya rasa confirmlah nak bersalin hari tu.

Sampai hospital cek punya cek punya cek..baru dilate 1cm dan leakage pun dah berhenti. Saya pun dah cuak kot-kot air yang keluar tu bukan air ketuban..Sakit pun tidak..Last-last doktor suruh masuk ward. Kalau takder contraction juga dalam masa 24 hours, kenalah induce sebab takut baby tak cukup air or infection.

Dipendekkan cerita, dalam pukul 2 petang hari Ahad keesokannya tu doc masuk ubat induce. Pukul 6 petang start contraction sikit-sikit. Pukul 9 malam lebih sakit sikit. Start pukul 1 pagi gitu dah sakit sangat. Saya bertahan sorang-sorang sampailah pukul 4 lebih, dah tak tahan sakit baru bagitau nurse. Bila cek dah dilate 4 cm, terus turun labour room.

Veder pun tak ada. Most of the time saya berdua dengan doktor je dalam labour room. Sakit memang tak ingat. Lagi-lagi takder langsung orang yang menenangkan saya kat tepi. Saya memang dah rasa nak bersalin sangat-sangat tapi doktor pula tak bagi push. Bebel-bebel suruh tarik nafas lah, jangan teran, condition jantung baby tak baguslah..Bila saya cakap tak boleh tahan dah, dia cek lagi sekali, kepala baby dah engage. Kelam kabutlah panggil nurses yang rancak bersembang kat luar.

Diorang kepit kaki saya tak bagi teran sebab diorang belum habis prepare. Letak je segala kain alas bagai, saya terus push dalam 2 kali setengah..Poihhh baby pun keluar hehe. Lega penderitaan bila dengar suara baby…

 

Tagged ,

ek eh bila nak bersalin?

Misi kata tanda-tanda bersalin ada 3, iaitu :

  1. perut memulas sejam sekali
  2. keluar darah beserta lendir
  3. keluar air ketuban melebihi satu pad
Perut saya memang selalu memulas 2-3 hari ni. Tapi bukanlah sejam sekali. Setiap kali selepas makan adalah hehe. Kira tak valid lah kan? Lepas tu memang sentiasa rasa macam baby menekan kat bawah tu..Rasa macam tak selesa semasa period tapi tak sesakit period pain. Itu pun tanda ke ek?
Saya dah lupa macam mana Haikal dulu. Sebab tak tertunggu-tunggu sangat. Tiba-tiba air ketuban dah pecah. Maybe sebab masa tu kat Jepun lebih anshin (tenang?) takder nak risau sangat. Sebab saya tahu memang convenience kalau ada apa2 emergency kat sana. Kalau Veder takder pun insyaAllah saya boleh bersalin dengan selamat. Sebab kat sana orangnya lebih efficient.
Kat sini ni macam risau pulak hehe. Hospital bag semua dah siap. Masuk lam bonet. Saya pun insyaAllah bersalin kat Hospital Serdang. Jauh pula tu dari rumah. Haikal dulu dekat jer naik kereta dalam 15 minit kot. Naik train stesyen sebelah je. Semoga selamat semua lah. Doakan saya tau :)
Tagged ,

Sakit bersalin

Hehe…

Sebenarnya saya rasa penat sangat. Pulak tu sejak semalam tak selera nak makan nasi. Bila tak makan lagilah takda tenaga. Rasa baby pun macam dah ada kat bawah sangat. Bila berjalan rasa pundi kena tekan-tekan. Baring pun dah tak boleh telentang, sakit pinggang belakang. Senang kata, rasa macam nak terberanak dah! But supposedly I have another one and a half month. Wallahualam…

Maybe sebab asyik kena wrestling dengan Haikal je. Dahlah dia memang suka sembam-sembam kat perut dengan badan saya. Mandikan dia saja pun, letihnya macam lari 1500m. Sekarang kalau dia panjat-panjat ke, sepahkan barang memang saya biarkan je. Tak larat nak tegah. Bila larat saya kemas, kalau tak, biarlah bersepah.

Bag hospital pun tak ready lagi. Sangat tak larat nak korek barang-barang baby Haikal dalam kotak nun. Alhamdulillah mostly new born stuffs dia elok lagi. Memang tak beli baru dah rasanya. Cuma yang tak ada, barut perut baby. Sebab Haikal memang tak pakai barut. Dengan tilam baby pun tak ada sebab dulu guna rental punya tilam. Dengan set bersalin mamanyer pun tak ada hehe.

Next check up Rabu depan. Minta-minta dah tak payah buat blood test. Mudah-mudahan…

Oh! Tiba-tiba tadi saya rasa takut pula sakit nak bersalin. Padahal masa bersalinkan Haikal hari tu takder nervous pun. Kelakar pulak. Apa-apapun, doakan yang terbaik buat saya dan family yer.

Kelas menjahit bersama makcik Siti – 2

Okes sambung cerita.. kali ni versi ibu mengandung pula.

Seluar Uniqlo Fit yang dibeli 3 ke 4 tahun lepas

Seluar ni memang fit abis okeh..waist dia 25 inch tu..masa mula2 kurus dulu excited sebab boleh pakai suar fit. Terus beli 2 lak tu.. Akibatnya bila berat bertambah sikit dah susah nak butang :p

turned into a maternity pants! err sila tengok perut sahaja.abaikan lemak di lain-lain bahagian :p

Voila! Sudah boleh pakai walaupun perut buncit. Bolehlah pakai sementara muat paha lagi hehe. Mengikut tutorial di sini. Setelah banyak kali jugak error sana sini. Fabric pink tu kain nit yang elastic, pun saya beli yang longgok dalam 200yen for 1.5 m. Memang selesa pakai oh.

Saya saja jahit bahagian nit tu panjang so bila lipat atau tarik ke bawah sikit, nampak macam under tee..

Walaupun ada cacat sikit here and there tapi puas hati jahit sendiri. Saya pernah beli maternity pants yang langsung tak best pakai! Menggelebeh sebab bahagian cawat dia panjang..Herm maybe sebab beli yang murah, tapi dalam 2000 yen jugak tau! Plus it cost me very little money dengan jahit sendiri. Well tolak harga mesen dan benang segala yang hanya perlu beli pada awal penceburan dalam bidang menjahit lah kan hehe. Dulu saya hantar kedai untuk convert kan jeans biasa kesayangan saya ke maternity jeans 2 helai. Cost me 2500 yen per pair.

IKLAN PENAJA!

Saya selalu menjahit bila Haikal tidur je. Kalau tak..bikin panas saja. Menjahit kemana, benang kemana, mesen kemana! Nasib baik comel. Tapi comel pun kena marah gak hehe. Kasihan.

Cubaan kedua..

Gunakan separuh bahagian bawah tshirt yang ketat ini...

TADAAAA!!!

Tutorial dari sini. Ini lagi senang sebab dia tak letak getak kat bahagian pinggang.

Sebab jeans tu dah memang low rise, jadi selepas jahit pun cover smpi bawah pusat je. So saya tambah lagi dengan nit pink yang saya beli. Boleh cover sampai perut boyot 9 bulan!

To be continued.. Haikal! Mari kita tiduuuurrrrrr…

Tagged , ,

Ek ehhh

Dah pun bulan 2 kan. Nanti kang lapliplapliplap dah pun hujung tahun. Pantas benar masa berlalu. Sepantas angin lalu. Hehe.

Anak daripada kecit nonet dah pun besar buncit. Belum panjang lagi. Daripada hanya pandai menyusu, menangis, poopoo dan peepee, dah pun pandai macaaam maaacaam.

Daripada seorang dah pun nak masuk dua. Asyik cerita pasal Haikal saja. Kesian yang kat dalam ni. Sikit jer deban(出番) dalam blog ni. Maaf lupa istilah Melayunya. Dahla asyik kena lenyek dengan abang dia je.

Baby setakat ni alhamdulillah membesar dengan sihat. Last check-up dah nampak clear kat mana muka, jari tangan semua. Aktif bergerak. Saya pun dah mula rasa pergerakan baby sekitar seminggu dua lepas. Sekarang ni dia ketuk sikit-sikit je. Agaknya mengigau tak pun bersin. Hehe. Pepandai je.

Jantina? Belum tahu. Mungkin next check-up. Dah tau nanti bolehlah pergi beli kain banyak-banyak untuk jahit barang baby pula. Sekarang asyik beli biru je.

Oh askar sudah datang. Baibai.

Mengingatkan saya. Semoga saudara kita di Mesir selamat semua. Amin.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 77 other followers