Kisah Pak Cik 1
Kita beri nama dia Pak Cik Kedai. Pak Cik ni tuan kedai kat Angsana JB rasa saya. Angsana tempat outing kami masa sekolah dulu. Kami lalu depan kedai dia. Tapi tak ingatlah kedai jual apa. Dia pun offer kami beli barang. Kami masing-masing kata “Takder duitlah pak cik..” Walhal memang takmau beli pun kan. Lalu Pak Cik Kedai pun kata..
“Tak elok cakap takder duit tau nak. Sebab sebenarnya ada kan walaupun sikit kan. Cakap takde, nanti betul-betul takde.Lain kali cakaplah tak cukup ke..”
Saya tak taulah Pak Cik Kedai tu cakap macam tu sebab kitorang tak nak beli kat kedai dia ke kan. Tapi masa tu saya dengar macam dia betul-betul bagi nasihat. Macam sebagai seorang berpangkat ayah. Dan saya ingat sampai sekarang.
Kisah Pak Cik 2
Ini kisah Pak Cik Teksi JB. Saya dulu budak baik kat sekolah. Kadang-kadang jer nakal sikit hehehe. Suatu hari Jumaat ni saya nak keluar outing pergi rumah mak cik kawan saya. Cuma masalahnya tak ada kebenaran pihak sekolah. Sebab prosedur nak outing tanpa parents memanglah remeh, dan kalau mintak dengan warden pun susahnya lah nak dapat ok. Dipendekkan cerita, saya fly sajalah. Call teksi suruh tunggu tepi pagar yang jauh dari pintu pagar dan pondok jaga. Sebaik saja saya tergolek selepas panjat pagar teksi betul-betul dah sampai kat tempat saya tergolek. Hehe..
Dalam teksi tu pak cik tu pun mulalah cerita pasal anak dia yang masuk MTD lepas tu lari balik selepas sebulan sebab tak tahan. Dia pun cakap rasa rugi sangat sebab dah nak masuk bukan senang, dah bayar yuran segala. Sambil selit-selitlah perasaan sedih dia sebagai seorang bapa.. dan kata-kata nasihat kat saya juga. Tak padan dengan anak dara tapi panjat pagar sampai tergolek-golek nak keluar dari sekolah punya pasal.
Saya pun dengar jelah. Memang betul pun kata pak cik tu. Memang saya yang salah kan. Saya insaf. Tapi beberapa tahun lepas tu lah hehe. Apa pun, terima kasih Pak Cik Teksi JB!
Kisah Pak Cik 3
Ini pula kisah Pak Cik Teksi Ganu. Saya dan mama balik rumah naik teksi lepas seharian cari tiket bas saya ke JB. Musim habis cuti sekolah memang susah sangatlah nak dapat tiket kalau tak book awal-awal. Saya memang selalu gamble jer, merasalah pusing satu bandar cari tiket. Kebetulan mama saya nak teman, naik bas pergi bandar. Cari punya cari punya cari, akhirnya terjumpalah satu tiket nak balik, malam tu juga. Jadi kenalah kami bergegas balik rumah pula nak kemas beg lagi kan. Dah petang tunggu bas tak datang-datang. Kami jalan sikit-sikit. Mama pula pakai kasut tinggi, dah melecet kaki dia. Sampai mama terpaksa pegang kasut kat tangan, jalan kaki ayam kat tepi jalan besar tu.
Kebetulan ada teksi lalu, Alhamdulillah teksi tu berhenti. Kebetulan dia pun dah on the way nak balik ke rumah dia yang sejalan dengan rumah kami. Dalam teksi mama bersembang dengan pak cik teksi macam-macam cerita. Sebab jauh jugalah perjalanan dalam sejam lebih. Saya senyap je sebab cuak takut tak sempat naik bas hehe. Kedengaranlah mama cerita kisah pencarian tiket kitorang sampai sakit kaki. Lalu pakcik tu kata..
“Takpelah..InsyaAllah nanti anak ingatlah tu pengorbanan mak dia bila dia besar nanti..”
Saya macam terkedu seketika masa tu. Baru saya sedar, oh inilah pengorbanan mama terhadap saya? Mungkin kecil nak dibandingkan dengan banyak lagi pengorbanan lain, tapi besar atau kecil, tetaplah pengorbanan. Saya jadi termalu sekejap. Sebab saya tak perasan. Saya siap rasa malu lagi sebab mama jalan kaki ayam, semua orang tengok. Saya rasa teruknya saya.. Dan betullah cakap Pak Cik Teksi Ganu. Saya ingat sampai sekarang.
Terima kasih pak cik sekalian. Walau kita saling tak mengenali, kata-kata anda masih tersemat di jiwa saya. Saya doakan kesejahteraan anda semua